Tuesday, December 15, 2009

TAZKIRAH ZOHOR


Tazkirah zohor yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosmaidi di Surau KKBD (15/12/2009).
Muslimin dan muslimat dijemput untuk mengimarahkan majlis ilmu yang dianjurkan. InsyaAllah...

Thursday, December 10, 2009

PROGRAM UKHUWAH KKBD BERMULA




"...orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.."

"...orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya..."

Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan di kalangan penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga”.

Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah keimanan yang kukuh, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita juga hendaklah turut memandang berat serta Bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

Di peringkat KKBD, Program Usrah ini dinamakan sebagai "Ukhuwah KKBD" yang bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan sesama staf ke arah kesempurnaan hidup beragama. Program Ukhuwah KKBD yang dianjurkan oleh Biro Dakwah KKBD sudah mula mengorak langkah awal dalam usaha yang murni ini.

Semoga terlaksananya program sebegini, kita sesama umat Islam dapat saling ingat memperingati antara satu dengan yang lain ke arah mencapai redha Allah semata-mata.

Semua muslimin di KKBD dijemput bersama-sama meluangkan sedikit masa menyertai Program Ukhuwah KKBD. Keterangan lanjut boleh menghubungi Ketua Biro Dakwah KKBD (En. Mohd Syukur).

Wednesday, December 9, 2009

KELAS TAJWID: SEMUA STAF DIJEMPUT HADIR



Sabda (maksudnya) Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)."
[Riwayat Al-Bukhari]

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

" Orang yang mahir Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit(susah)dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan).
[Riwayat Muslim]



Majlis ilmu yang dianjurkan oleh Biro Dakwah KKBD dan disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosmaidi.

Berikut maklumat berkaitan:

Hari: Setiap Hari Selasa
Masa: Selepas Solat Zohor Berjemaah
Tempat: Surau KKBD

***Sebarang perubahan bakal dimaklumkan...InsyaAllah.


Semua staf KKBD (muslimin / muslimat) dijemput mengimarahkan majlis ilmu ini. Amat besar ganjaran yang dijanjikan kepada barangsiapa yang belajar dan mengajar Al-Quran ini.

Semoga usaha sebegini dapat mempertingkatkan kualiti ibadat dan merapat ukhuwah di kalangan staf KKBD.

Monday, December 7, 2009

ZIARAH UKHWAH OLEH AHLI BIRO DAKWAH KKBD KE RUMAH EN.FIRDAUS

Rakan-rakan Biro Dakwah KKBD menziarahi staf KKBD yang mengalami kecederaan semasa menyertai Pertandingan Bola Sepak Liga Tempatan petang semalam (6/12/2009). En.Mohd Firdaus mengalami kecederaan di tangan dan telah menerima rawatan di Hospital Jitra. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat.
Sama-samalah kita semua doakan agar beliau diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian dari-Nya.

"Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang Muslim akan sentiasa di dalam kebun buah-buahan syurga sehingga ia pulang." [Riwayat Muslim]

"Tidak ada seorang Muslim yang menziarahi seorang Muslim pada pagi-pagi hari kecuali berselawat kepadanya tujuh puluh ribu malaikat hingga sampai ke petang dan jika dia ziarah pada waktu petang kecuali berselawat kepadanya tujuh puluh malaikat hingga dia berpagi-pagi dan dia mempunyai kebun buah-buahan di dalam syurga." [Riwayat At-Tirmidzi ]

Saturday, December 5, 2009

Membaca dan Mengamalkan al-Quran Umpama Wangian Kasturi


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Belajarlah al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kasturi yang masih tertutup."

[Riwayat al-Tirmizi]

Tuesday, November 24, 2009

SIFAT-SIFAT WALI ALLAH


Wali-wali Allah itu adalah orang yang memiliki di antaranya sifat-sifat berikut:

1. Menunggu azan dengan penuh kerinduan;

2. Datang lebih awal sebelum takbiratul ihram sebagai tanda solat dimulai;

3. Menyesal jika tidak berada di saf pertama;

4. Berusaha untuk selama mungkin duduk di masjid/surau;

5. Hatinya bersih;

6. Tampak pada dirinya tanda-tanda sunnah;

7. Banyak berzikir;

8. Menciptakan suasana yang Halal;

9. Meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat;

10. Puas dengan keperluan hidup yang paling dasar;

11. Memanfaatkan seluruh hidupnya untuk mempelajari wahyu, baik dari Al-Quran mahupun sunnah;

12. Penampilan muka yang selalu bersinar-sinar;

13. Turut merasakan musibah yang menimpa sesama muslimin;

14. Meninggalkan masalah-masalah khilafiyyah;

15. Sabar dalam menghadapi kesulitan;

16. Cekal dalam melakukan ma'ruf.

Kebersahajaan dalam hidup adalah hal yang terbaik, tidak memiliki kekayaan yang membuatkannya melewati batas dan tidak pula fakir hinggakan membuatnya lupa akan Allah. Tetapi cukuplah yang dapat memenuhi keperluan, dan memenuhi tuntutan kesihatan, dan memenuhi tujuan hidup. Seperti itulah hidup yang memberikan tindak balas yang agung dan makanan yang memberikan faedah yang paling baik.

Ukuran kecukupan dalam penghidupan adalah yang mempunyai rumah atau tempat tinggal, isteri yang memberikan keteduhan, dan kenderaan yang baik. Ia memiliki harta yang cukup untuk memenuhi keperluan hidup secara layak.


(Sumber: "Kitab Don't Be Sad" tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)

Saturday, November 21, 2009

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.



Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.


Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Dipetik dari : http://mufti.islam.gov.my/terengganu/

Wednesday, October 7, 2009

ADAB TIDUR RASULULLAH PERISAI UNTUK ELAK SIHIR


Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.

Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.”(Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).”(HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.”(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).

Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.”(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.”(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.

Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:

Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

Tidur dalam keadaan suci.

Tidur dalam keadaan berwuduk.

Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.

Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tirmizi.

Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam.

Monday, October 5, 2009

Istibra'


Assalamualaikum wbt>>

Pihak Biro Dakwah KKBD ingin berkongsi sedikit info Fikh.. Ini kerana zaman sekarang ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini iaitu:

Istibra' (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar)

Istibra' dilakukan dengan cara:
• Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur ke telur zakar.
• Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga ujung zakar sebanyak tiga kali
• Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air kencing.
Jika setelah istibra' keluar cairan yang meragukan apakah air kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu tetapi jika tidak istibra', maka dihukumi najis dan membatalkan wudhu'. Antara manfaat amalan Istibra' ialah mencegah masalah Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.

Mencegah sambil merawat.

Wednesday, September 30, 2009

HARTA OH HARTA !!


Nabi SAW mengingatkan kita bahawa :

إن لكل أمة فتنة , وفتنة أمتي المال

Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)

Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.

Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.

Allah menegaskan :-

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )

Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram.

Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.

Allah mengingatkan kita lagi bahawa :

انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً

Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 )

Tuesday, September 29, 2009

SIAPALAH KITA...

Siapalah kita ????
Untuk bermegah dan berbangga
Mendabik dada keras kepala
Angkuh dan sombong bicara
Konon kitalah segalanya
Pandai itu ini.....
Bijak segala macam
Petah berkata-kata
Kelulusan tinggi...Ijazah berguni-guni
Pangkat itu ini
Bintang berkarang ..
Gelaran terpanjang..
Orang penting...
Tak ada kita semua tak menjadi...

Yang bagus itu ...aku
Yang pandai itu...aku
Yang baik itu....aku
Yang hebat itu....aku
Semuanya ...aku

Siapalah kita...
Bila diakhir kalam...
Lidah kelu mengucap syahadah
Terpadam seri wajah
Berpaling Rasulullah SAW
Tanpa Syufaat
Dinafikan sebagai ummat...

Di mana ijazah berguni ????
Bintang berkarang ?????
Gelaran terpanjang ????
Pangkat darjat ????
Siapalah kita ????

Monday, September 28, 2009

Bangkitlah Wahai Pendidik Semua



Hari ini guru-pendidikpening kepala,pergi mengajar tidak ada mood kerana murid-murid sudah tidak hormat gurunya. Bahkan ada yang terang-terang melawan guru-gurunya didepan mata.Guru-gurunya pergi ke sekolah minat sudah tidak ada, kerana jemu berhadapan dengan murid-muridnya yang kurang ajar dengan guru-gurunya.
Ada yang memukul dan membakar kereta gurunya, ada sesetengah sekolah pendidiklebih takut pada murid-muridnya daripada murid-murid takut pada guru-gurunya,
Begitu juga ibubapa susah hati dibuatnya, perangai anak-anaknya kebanyakan sudah derhaka dengan ibubapa.Termasuk anak-anak orang kaya dan koperat-koperat besar dalam negara,bahkan anak-anak pendidikagama.Ibubapa juga pening kepala bila berhadapan dengan kerenah anak-anaknya.Anak-anak dewasa ini tidak ikut kata ibubapanya. Bahkan ada yang melawan dan memukul ibubapanya.Begitu juga ibubapa sesetengahnya lebih takut kepada anak-anaknya daripada anak-anak takut ibubapanya.
Pemimpin juga pening kepala, rata-rata rakyat tidak hormat kepada mereka. Kalaupun didepan tak berani mengata, di belakang pemimpin dikata dan dicerca. Pemimpin terpaksa mengambil hati rakyatnya daripada rakyatnya mengambil hati pemimpinnya.
Guru-guru, ibubapa dan pemimpin-pemimpin masa kini susah hati dibuatnya. Mereka tidak tahu hendak berbuat apa yang telah kita cerita.
Kalau saya senang sahaja, didik murid-murid, anak-anak dan rakyat jelata takut dan cintai Tuhannya.Mereka dididik dengan seriousnya melalui pendidikan yang berterusan.Takut dan cinta dengan Tuhannya. Side effectnya akan terjadi murid akan hormat dengan gurunya, anak-anak akan taat dengan ibu bapa,rakyat akan cinta dan memuliakan pemimpinnya.
Tapi guru, ibubapa dan para pemimpin tidak mendidik orang ramai takut dan cinta kepada Tuhannya.Kalau Tuhan patut ditakuti dan dicintai lebih utama tidak diasuh manusia,bagaimana mereka hendak hormat guru-guru, ibubapa dan pemimpinnya?
Yang lebih utama, orang yang tidak takut dan cinta dengan Tuhannya
Yang kurang utama, lebih-lebih lagi orang ramai takkan taat dan hormat kepada mereka.
Itulah rahsia kalau murid-murid mahu hormat kepada guru-gurunya dan anak-anak taat pada ibubapa dan rakyat hormat pada pemimpinnya.
Kalau bukan itulah caranya makin diusahakan mereka hormat kepada guru-guru, ibubapa dan pemimpinnya tapi apa yang akan terjadi?
Kepada tiga golongan ini mereka lebih derhaka.
Diharap guru-guru, ibubapa dan para pemimpin tukar style didikannya, kalau mahu semua golongan tadi hormat dan taat kepada guru-gurunya, hormat dan taat kepada ibubapa, hormat dan taat kepada pemimpin.
Itulah cara didikan yang Tuhan mahu terhadap hamba-hamba-Nya, kenalah Tuhan ditakuti dan dihormati, automatik guru, ibubapa dan para pemimpin akan dihormati, harap diambil perhatian, sebelum rakyat terlajak jauh.

Sunday, September 27, 2009

INDAHNYA KERJA KERANA ALLAH TAALA


Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan hamba kepada Allah. Ibadah memberikan kesan yang mendalam di dalam perhubungan sesama manusia dengan Allah dan makhluk yang lain. Menurut pandangan ulama’, ibadah merupakan setiap seuatu yang disukai dan diredhai oleh Allah.

Ia meliputi ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah khusus yang terdapat di dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lain yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariatNya adalah termasuk dalam pengertian ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah, Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah SWT seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mebgabdikan diri kepadaKu. (Surah al-Dzariyyat: 51)

Antara cara-cara untuk menjadikan kerja sebagai ibadat adalah :

Tiada penyelewengan: Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh punch card, CCTV dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang dan lain-lain perbuatan negatif kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran ketika sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja:
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat apalagi memfitnah sesama rakan sekerja. Cinta dunia adalah "big boss (kepala)" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

Taat Orang Atasan, Hormat Orang Bawahan:
Orang yang ikhlas akan mentaati atasannya selagi perintah, teguran dan keputusan atasannya tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan bermakna untuk mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham pemimpin adalah "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

Yakin dan Berani Memberi Pendapat dan Pendirian:
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati dan bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendiriannya, bukan bersifat "lempar batu sembunyi tangan".

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI




Khatam Al-Quran



Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat-sangat pemurah (dan sentiasa bersedekah), lebih-lebih lagi kemurahannya dan sedekah pemberiannya dalam bulan Ramadhan, ketika malaikat Jibril datang menemuinya. Baginda ditemui oleh Jibril tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Qur'an bersama. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. sangat-sangat bermurah hati dan sentiasa mengerjakan kebajikan (dengan tidak bertangguh lagi), lebih deras daripada hembusan angin (pembawa rahmat)"
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)



Alhamdulillah. Detik 1.05 petang tadi, staf muslimin Kolej Komuniti Bandar Darulaman berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Bagi staf muslimat, mereka berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sehari lebih awal.

Tahniah kepada seluruh staf yang terlibat dalam memartabatkan bacaan Al-Quran di kolej ini sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa akan datang walaupun di luar bulan Ramadhan agar keberkatan hasil daripada bacaan Al-Quran secara bertadarus ini dalam merahmati dan memberkati kehidupan kita semua.

Sesungguhnya bertadarus ini adalah amalan sunnah seperti yang terkandung dalam hadis di atas.

Sunday, September 13, 2009

PENDAKWAH PILIHAN BULAN INI


USTAZ HAJI MOHD FARHAN ABDULLAH AL HAFIZ

Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1968 berasal dari Kota Belut, Sabah. Beliau berasal dari keturunan suku kaum Khadazan. Ayahnya bekas ketua gereja dan beliau sendiri mendapat pendidikan daripada ayahnya dan bersekolah Kristian selama 8 yahun serta dilatih menjadi mubaligh kristian. Bersekolah kerajaan dari tingkatan 1-5 dan tahun 1 dalam bidang Business Study di UiTM. Seterusnya beliau dihantar oleh ayahnya ke sekolah Kristian di Namaus dari Pusat Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo yang berpusat di Lawas. Beliau memeluk Islam pada 26 Februari 1990 di Pusat Latihan Dakwah Keningau, Sabah di bawah Jabatan Perdana Menteri Pengajian Islam.

Melanjutkan pengajian di Institut Dakwah Islamiyah Perkim Petaling Jaya, Selangor dan mendapat 4 Thanawi I.D.I.P Pengkalan Chepa, Kelantan, Sijil baha arab, Nilam Puri dan sekarang telah mendapat M.A di sebuah universiti tempatan.

Pengalaman beliau pernah bekerja guru agama JAWI W.P Laabuan. Bekas penceramah di Radio W.P Labuan, Pengutua Maahad Tahfiz Swasta dan Guru Takmir Masjid Besar W.P Labuan.

Tempat-tempat beliau dijemput ceramah adalah Pusat Islam Andalusia Tempenis, Singapura, Universiti Islam Brunei,, wakil pelajar Malaysia Mesir dalam perhimpunan belia-belia Islam ASEAN dan peceramah bebas sepenuh masa. Kini beliau telah mengislamkan lebih 4,000 orang dari keturunan pelbagai dan 30 buah keluarga terdekat termasuk ibu dan ayah beliau.

Beliau pernah ditawarkan jawatan pensyarah di sebuah universi tetapi ditolak atas tanggubgjawab dakwah. MasyaALLAH

SALAM UKHWAHFILLAH

Wednesday, September 9, 2009

PETUA MENCARI MALAM LAILATUL KADAR


Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w (Selawat dan salam ke atas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' ialah untuk mencari malam lailatul qadar;

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I)AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III)SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV)KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Monday, September 7, 2009

BATU TERGANTUNG


Batu Tergantung??? Ini PALSU!!! Kita jangan tertipu...
Memang ada...tapi bukan seperti gambar di atas...
Ingin melihat yang benar? Sila klik link ini... (Klik)
Semoga kita tidak terus terpedaya dengan tipu daya musuh-musuh Islam...
Syukran.

BEKERJA DENGAN IKHLAS

Tiada penyelewengan:
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh punch card, CCTV dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang dan lain-lain perbuatan negatif kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran ketika sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja:
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat apalagi memfitnah sesama rakan sekerja. Cinta dunia adalah "big boss (kepala)" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

Taat Orang Atasan, Hormat Orang Bawahan:
Orang yang ikhlas akan mentaati atasannya selagi perintah, teguran dan keputusan atasannya tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan bermakna untuk mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham pemimpin adalah "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

Yakin dan Berani Memberi Pendapat dan Pendirian:
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati dan bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendiriannya, bukan bersifat "lempar batu sembunyi tangan".

Sunday, September 6, 2009

USIA KITA KE MANA KITA HABISKAN?


Assalamualaikum wbt

Mari kita renungkan sifir usia ini:

Jika dikira umur Baginda Rasulullah adalah 63 Hijrah = 65 tahun Masihi.... (katakan kita hidup 65 thn)

Jika ditolak umur akhir baligh 15 tahun = 50 tahun....

Jika kita tidur sehari 8 jam nescaya kita habiskan 16.7 tahun untuk tidur...

Jika kita kerja di pejabat dll sehari 8 jam nescaya kita habiskan 16.7 tahun untuk kerja...

Jika kita rehat sehari (makan, minum, tengok tv dll) selama 4 jam maka kita habiskan 8.3 tahun untuk rehat..

Jika kita solat sehari 10 minit + zikir dll katakan 1 jam nescaya kita dah habis 2.08 tahun untuk ibadat khusus...

Jika kita beriadah, bersukan dll katakan 3 jam sehari nescaya kita dah habiskan 6.03 tahun untuk bersukan, beriadah dll..

MasyaAllah Tabarakallah mana pergi usia kita yang Allah Taala bagi pinjam sebentar ini. Macam mana nak jawab kepada Allah Taala di Mahkamah Akhirat...

TAPI JANGAN RISAU ALLAH TAALA BAGI KHAS KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW MALAM LAILATUL KHADAR YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN !!!

THANK YOU ALLAH !!!



Salam UkhwahFillah

Saturday, September 5, 2009

KEMPEN PINJAM BUKU DI LIBRARY KKBD



Visi Kolej Komuniti KPT :

"Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan"

Selaras dengan hasrat dan visi KK KPT maka kami Biro Dakwah KKBD mengajak para pensyarah agar dapat kita meluangkan masa sekurangnya 5 minit memberi motivasi dan nasihat terutama dalam agama kepada para pelajar kita.

Sehubungan dengan itu kami mencadangkan buku-buku yang berbentuk keagamaan dan motivasi yang terdapat di Perpustakaan KKBD untuk kita sama-sama membaca di hadapan para pelajar modul agar dapat memberi manfaat. Ini adalah untuk menyahut seruan Tuan Pengarah Kita En Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah agar kita dapat memberi para pelajar kita galakan dan semangat.


SALAM UKHWAHFILLAH

TAHNIAH DR JAHID SIDEK!!


PRIM wujudkan ISTANA BUDI Bagi Perlindungan Pesakit HIV/AIDS Lelaki Islam

Pemandangan di hadapan Istana Budi bagi perlindungan pesakit HIV/AIDS lelaki Islam di Lorong Beringin Kuang 48050 Rawang Selangor Darul Ehsan


Dipetik dari : http://primanara.blogspot.com/

Wednesday, September 2, 2009

MAJLIS IFTHAR RAMADHAN

TUTUPLAH AIB SAUDARA KITA..


"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tujuan artikel ini ditulis hanyalah sekadar bingkisan kisah tentang universiti kehidupan masa kini yang penuh dengan liku-liku fitnah dan cubaan bagi umat Islam kini.

Pernahkan kita mendengar kata-kata Sheikh Ali Zainal Abidin cicit kepada Baginda Rasulullah S.A.W, " Jika Allah Taala membuka hijab aib kita nescaya semua orang jijik untuk berkawan dengan kita''.

Wahai saudara-saudaraku seagama, zaman sekarang menceritakan aib orang lain seumpama memakan goreng pisang panas pada musim hujan, sedap jika ditambah dengan kopi O..

Kelmarin kebetulan saya singgah di Pasar Ramadhan, ada plak kes ragut. Subhanallah ramai manusia toksah kata macam nak ambik bubur lambuk Masjid Kampung Baru.. Saya juga tidak terlepas melihat apa sebenar yang berlaku, rupa-rupa kes ragut melibatkan suspek seorang perempuan dan mangsa seorang kanak-kanak. MasyaAllah, fikir dalam hati... Ada kes macam ni plak kat negeri yang ramai orang-orang alim.

Tapi apabila diri yang kerdil ini mendekati gerobolan manusia yang ramai itu, tercuit hati ini kasihan dengan suspek itu. Dia dihina sungguhh.. ditolak muka, macam-macam.. Saya melihat dari segi pakaian dia (suspek) rupanya bukan macam orang senang. Teringat zaman Saidina Umar Al Faruq, baginda tidak akan menjatuhkan hukuman hudud jika orang itu mencuri jika keadaan suspek itu dah nak makan pon tak boleh. Begitu indah Islam ini terpikir seorang diri... Bayangkan zaman sekarang keadaan ekonomi makin teruk.. kos sara hidup makin tinggi!!

Tapi diri yang kerdil ini tidak dapat berbuat apa-apa cuma mampu mendail nombor seorang sahabat yang juga peguam di kawasan itu. Mungkin kami boleh aturkan slot tazkirah supaya mentaliti orang kita berubah sedikit..

Terpanggil juga mengarang untuk membaiki diri sendiri.. Terdapat saudara seagama kita yang bersama-sama orang bukan Islam mengumpat malah mengeji saudara seagama kadang-kadang masalah remeh.. INGAT saudara kita ada KALIMAH TAUHID yang lebih berharga dari dunia dan seisinya.....

SALAM UKHWAHFILLAH



AKHIRNYA PESAKIT HIV ISLAM TERBELA OLEH UMAT ISLAM SENDIRI

KUANG - Seramai 15 pesakit HIV/AIDS yang beragama Islam yang sebelum ini ditempatkan di Welcome Community Home (WCH), Batu Arang di Rawang sejak lebih dua tahun lalu akhirnya dipindahkan ke Rumah Budi di sini dan Rumah Yayasan Ijabah, Petaling Jaya sejak Rabu lalu.">


SEORANG pesakit HIV/AIDS menerima rawatan di Rumah Budi Kuang, Selangor semalam.


Bagaimanapun dua lagi pesakit sama beragama Islam di situ masih belum mahu berpindah dari rumah kebajikan yang diuruskan oleh sebuah gereja itu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pusat yang mampu memuatkan kira-kira 40 pesakit pada satu-satu masa itu diuruskan oleh Yayasan Budi dengan peruntukan awal daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM140,000 dan diikuti peruntukan tetap sebanyak RM25,000 sebulan.

"Sebelum in kita tidak mempunyai kepakaran untuk menjaga pesakit HIV/AIDS tetapi dengan bantuan LZS, kami berbincang dengan Yayasan Budi dan Yayasan Ijabah dan akhirnya membuat keputusan memindahkan mereka ke sini sejak Rabu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Rumah Budi di sini semalam selain menyaksikan kaedah rawatan Islam yang digunakan oleh pusat penjagaan baru itu.

Monday, August 31, 2009

ILMU AGAMA ITU DIAMBIL DENGAN JALAN TALAQI KEPADA GURU



Al-HamduliLlah Tuhan pencipta alam, wujud-Nya azali abadi, tidak berhajat kepada makhluk-Nya, Dia yang mencipta tempat maka wujud-Nya tanpa bertempat. Selawat dan salam ke atas junjugan besar kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda. Ketahuilah bahawa wajib ke atas setiap mukallaf mempelajari ilmu agama yang dinamakan sebagai ilmu fardu ain yang terbahagi kepada ilmu akidah dan ilmu hukum-hakam.

Antara ilmu akidah yang wajib ke atas setiap mukallaf mempelajarinya ialah beriman dengan Allah dan dengan apa yang telah didatangkan oleh Allah, dan beriman dengan Rasulullah dan dengan apa yang telah diberitahu oleh Baginda seperti:
1. Memahami makna dua kalimah syahadah
2. Sifat Allah yang wajib diketahui.
3. Mensucikan Allah dari apa yang tidak layak bagi-Nya.
4. Mempercayai kesemua perkara yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad yang terdiri daripada kisah-kisah terdahulu dan perkara yang akan berlaku sama ada di alam barzakh ataupun pada hari akhirat dan juga mempercayai perkara yang telah dinyatakan akan hukumnya halal ataupun haram.
5. Mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang boleh menyebabkan terkeluar dari agama Islam (murtad) seperti mengetahui jenis-jenis kufur supaya dia mampu mengelak dari berlaku murtad pada dirinya.

Antara perkara yang wajib ke atas setiap mukallaf mempelajarinya dari hal yang bersangkutan dengan hukum-hakam ialah mempelajari hukum-hakam solat seperti syarat-syaratnya, rukun-rukunnya, dan perkara yang membatalkan solat dan sebagainya.

Namun perlu diingatkan bahawa keseluruhan perkara-perkara ini tidak boleh diambil dengan hanya mentelaah atau membaca buku sahaja tanpa talaqqi dengan ulama yang dipercayai. Ini kerana berkemungkinan buku yang dibaca itu ada penyelewengan dan pendustaan yang ditokok-tambah atau dibuat-buat oleh sesetengah puak, atau tersalah cetak atau berkemungkinan pembaca memahami maksud yang tersirat di dalam buku agama yang dibaca dengan kefahaman yang menyalahi nukilan ilmu ulama salaf dan khalaf daripada suatu generasi kepada suatu generasi. Keadaan ini akan menyebabkan pembaca beramal dengan kefahaman yang salah dan merosakkan ibadah atau juga merosakkan akidah jika dia beriktikad dengan suatu akidah sesat yang mempercayai bahawa Allah itu menyamai dan menyerupai makhluk-Nya seperti beriktikad bahawa Allah berada di atas Arasy, di langit atau Dia berada di setiap tempat. Sedangkan antara akidah Islam yang sebenar ialah Allah Ada Tanpa Bertempat. Umumnya, mentelaah kitab semata-mata bukanlah cara pembelajaran para ulama salaf dan khalaf. Bahkan, sedangkan Nabi Muhammad sendiri pun bertalaqqi dengan Jibril ^alayhis-salam, apatah lagi kita yang bukannya nabi ini.

Salah seorang ulama besar dalam bidang hadith iaitu Al-Hafiz Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi berkata di dalam kitab beliau al-Faqih wa'l-Mutafaqqih:

لا يُؤْخَذُ الْعِلْمُ إِلا مِنْ أَفْوَاهِ الْعُلَمَاءِ
Bermaksud: "Ilmu (agama) hanya diambil daripada mulut ulama"

Oleh kerana itu, semestinya mempelajari perkara yang berkaitan agama daripada orang yang arif tentang agama lagi dipercayai yang dia juga mengambil ilmu agama daripada orang dipercayai, dan demikianlah seterusnya sehingga sampai kepada generasi sahabat. Sebahagian ulama salaf sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Faqih wa'l-Mutafaqqih ada menyatakan:

الَّذِي يَأْخُذُ الْحَدِيثَ مِنَ الْكُتُبِ يُسَمَّى صَحَفِيًّا وَالَّذِي يَأْخُذُ الْقُرْءَانَ مِنَ الْمُصْحَفِ يُسَمَّى مُصْحَفِيًّا وَلا يُسَمَّى قَارِئًا
Bermaksud: "Orang yang mengambil hadis daripada kitab dinamakan sebagai sahafi, manakala orang mengambil bacaan al-Quran daripada mushaf dinamakan sebagai mushafi dan tidak dinamakan sebagai qari`"

Rasulullah telah bersabda:

مَن يُرِد اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ إنَّمَا الْعِلْمُ بالتَّعَلُّمِ وَإِنَّمَا الْفِقْهُ بالتَّفَقُّهِ
Bermaksud: “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan maka dia akan mendalami ilmu agama, sesungguhnya ilmu agama diambil dengan belajar dan fiqh itu dengan mendalaminya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Al-Imam Ibnu Sirin berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانظُرُوا عَمَّنْ تَاْخُذُون دِينَكُم
Bermaksud: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama ini ”. [Diriwayatkan oleh Muslim].

WaLlahu a^lam...


Dipetik dari : http://al-dununiyy.blogspot.com

TIPS MERAWAT SAKIT KEPALA



Assalamualaikum wbt>>

1. Baca Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat ke 19 Surah al Waqiah..
4. Makan panadol dan ingat ubat tidak dapat memberi bekas

Yang menyembuhkan adalah Allah Taala jua

Wallahu'alam

Sunday, August 30, 2009

PESAKIT HIV ISLAM DIRAWAT DI GEREJA !

GEREJA UNTUK PESAKIT HIV

LUAR GEREJA

LUAR GEREJA

PESAKIT HIV ISLAM DI GEREJA

Universiti Kehidupan – PESAKIT HIV ORANG ISLAM DALAM GEREJA

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.


Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya…..


Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.


Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.


Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.


Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.


Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.


Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.


Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,


"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,


"Imam masjid sebelah selalu datang"


Hati saya menyapa:-


Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"


"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."


Hati saya menyapa:-


"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."


Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?


"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-


"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."


Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-


"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"


Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.


Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-


"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."


Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,


"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"


Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.


Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-


"Nanti datang lagi ye.."


Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-


"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."


Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.


Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.


Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.


Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin…


"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"


Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

KENANGAN BERSAMA PENGHUNI

KENANGAN BERSAMA PENGHUNI

Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

BERSAMA PESAKIT HIV

BERSAMA PESAKIT HIV

Gambar Jesus di sana sini.

Gambar Jesus di sana sini.

Dewan kuliah di gereja ini

Dewan kuliah di gereja ini

DALAM GEREJA

DALAM GEREJA

KEMUDAHAN AMBULANS

KEMUDAHAN AMBULANS

Apa tindakan kita selaku profesional ISLAM?? Mari besama-sama berakhlak dengan akhlak ISLAM..

Catatan : Tujuan artikel ini dipamerkan adalah untuk kita umat Islam sama-sama mengembeling tenaga untuk mambantu saudara seagama kita.. Kenapa kita kurang mengambil berat hal saudara seagama kita? Dimana akhlak yang diajar oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W.

Wahai profesional Islam kita adalah bertanggungjawab menyebarkan dakwah bukan menjadi PENGHUKUM, buanglah sifat mengeji saudara kita.. Sebaliknya Cintalah mereka kerana ALLAH TAALA

Dipetik dari : http://urusetialandas.blogspot.com